Kereta Sewa Shah Alam | Van Sewa Setia Alam & Shah Alam

Kereta Sewa Van Sewa Setia Alam & Shah Alam

Kereta Sewa Setia Alam & Shah Alam ialah halaman web untuk mempromosikan perkhidmatan kereta sewa di Shah Alam & Setia Alam, Selangor. Kami merupakan wakil penyewa kereta sewa di Shah Alam & Setia Alam, Selangor..

Kami menyediakan Perkhidmatan Kereta Sewa untuk pelanggan samada individu atau korporat, tempatan mahupun antarabangsa di seluruh daerah di Selangor. Kereta sewa kami boleh disewakan secara harian, mingguan mahupun bulanan.

Cermin Kereta Anda Pecah Terkena Batu Masa Orang Potong Rumput.



Cermin kereta anda pecah terkena batu masa orang potong rumput.




Retak Seribu Cermin Kereta Terkena Batu Masa Orang potong Rumput

Apa yang perlu anda buat jika cermin kereta anda pecah terkena batu masa org potong rumput? Teruskan membaca post Setia Car Rental ini. 

Situasi ini pernah berlaku pada salah seorang penyewa kereta dari Setia Car Rental di mana dia menyewa 1 bulan dengan Setia Car Rental untuk kegunaan harian atas sebab kereta kena Overhaul. Jadi dia sewa Myvi 1.3 untuk kegunaa sementara. Nak dijadikan cerita, Semasa dia tengah memandu, cermin kereta sewa terkena batu semasa pemotong rumput sedang memotong rumput di jalan. Mana tak terkejut penyewa kami. dengan perlahan dia berhenti ke tepi jalan dan membuka lampu kecemasan. Di situ dia hubungi pihak Syarikat Kami untuk bertanyakan macam mana nak ganti rugi cermin kereta yang pecah terkena batu ini. Nak Tau apa yang kami buat??

Kelip Mata anda 3 Kali dan teruskan Membaca.

Dah Kelip?? 

Okay Teruskan Membaca!!

Gambar Hiasan: Cermin Kereta Anda Pecah Terkena Batu Masa Org Potong Rumput

Ini adalah langkah-langkah untuk anda jika cermin kereta anda pecah terkena batu masa orang potong rumput.

Bila perkara ini berlaku jangan panik dan panas dengan pemotong rumput tu. Berhenti dulu di tepi jalan dan bukak lampu kecemasan untuk inform pemandu kereta lain yang anda berhenti di bahu jalan atas sebab kecemasan. Kemudian anda keluar dari kereta dan tangkap gambar cermin kereta anda untuk sebagai bukti. selesai menangkap gambar dengan pelbagai angle dan posing, teruskan berjumpa dengan individu pemotong rumput yang menyebabkan cermin kereta anda pecah. Di situ, anda dapatkan nama penuh pemotong rumput dan nama penuh Syarikat yang dia bekerja untuk potong rumput itu, dapatkan gambar IC pemotong rumput tu lagi bagus.

Anda tahu tak, setiap kerja pemotongan rumput di tepi jalan mempunyai insurans? Ini kerana pihak berkuasa tempatan seperti MBSA, MPSJ,MPPJ dan lain-lain lagi, MEWAJIBKAN mana-mana syarikat yang ingin masuk tender mesin rumput mesti mempunyai insurans jika berlaku kemalangan. yang tidak diingini.

Sebelum kerja-kerja pemotongan dijalankan, pihak syarikat hendaklah mengemukakan cover note insurans mereka kepada pihak berkuasa tempatan terlebih dahulu sebagai bukti bahawa syarikat tersebut dilindungi oleh pihak insurans jika berlaku kemalangan.
Cermine Kereta Anda Pecah Terkena batu Masa Orang Potong Rumput.

Setelah anda dapat nama syarikat pemotong rumput itu, semak dengan syarikat untuk tahu dimana  bengkel kereta panel insurans syarikat tersebut Dalam TEMPOH 24JAM, diulangi TEMPOH 24 JAM, sila buat laporan polis, Jangan 25jam, esok lepas habis kerja, lusa, tulat baru nak buat, memang tak dilayan la korang punya claim tu. Laporan polis tersebut hendaklah menyatakan nama pemotong rumput (jika ada IC lagi bagus), nama syarikat pemotong rumput, tarikh dan masa kejadian, dan nama jalan serta kawasan dimana kejadian itu berlaku.

Setelah buat laporan polis itu, kita mesti dah tau kat mana panel bengkel insuran syarikat pemotong rumput itu, bawak salinan report polis ke bengkel kereta untuk dapatkan cermin kereta baru. Tunggu sebentar dalam 30minit hingga 1 jam untuk cermin kereta anda yang pecah tu kepada cermin baru.

Jadi jika Cermin Kereta Anda Pecah Terkena Batu masa Orang Potong Rumput, anda boleh ikut cara-cara ini untuk dapatkan claim baik pulih cermin anda dengan syarikat potong rumput. Jangan marah-marah pekerja tu sebab kemalangan tidak berbau, sebaiknya berhenti tangkap gambar dan berbincang dengan pemotong rumput.

Itu sahaja dari Setia Car Rental Untuk Anda pada Post Perkongsian Ini. Harap Berguna di waktu akan datang.

Perkongsian Daripada:

#JumpaKatMahkamah
#SeeYouinCourtSayang

P/S: Gambar Sekadar Hiasan nak mencantikkan Post.

Kredit: Malaysia Response Team.


0 comments :

Post a Comment

Perkhidmatan Kami

Kami menyediakan perkhidmatan sewa Van di Shah Alam & Setia Alam
Nissan urvan baru dan Toyota Hiace Baru

Kami juga menyediakan pelbagai jenis kereta untuk disewakan seperti Vellfire, Starex, Alza, Hiace, Myvi, Saga, Axia dan Viva

Kami menyediakan Perkhidmatan Kereta Sewa untuk pelanggan samada individu atau korporat, tempatan mahupun antarabangsa di seluruh daerah di Selangor. Kereta dan Van sewa kami boleh disewakan secara harian, mingguan mahupun bulanan.

Untuk booking call 010 - 844 4814

Car Rental Selangor is located in Selangor, Malaysia. We enjoy to give you as our customer the best car rental and chauffeur (car rental with driver) service we have. We provide Car Rental and Chauffeur Services for individual and corporate, local and also international customers. We have various types of car model including economic, MPV, Sedan, LUXURY and van. At Car Rental Selangor we try our best to give the best car rental and chauffeur (car rental with driver) service we have because our customers' happiness are our satisfaction.


We provide Car Rental and Chauffeur (Car Rental with driver) Services

Kami menawarkan perkhidmatan kereta sewa sekali pemandu dengan harga berpatutan. Semua pemandu kami dilatih untuk menjadi pemandu yang cekap dan penjaga yang sangat baik.

Pemandu kami bukan sahaja akan memandu anda ke mana anda ingin pergi tetapi mereka akan mengambil berat dalam memastikan anda selesa dan baik sepanjang perjalanan anda.

Harga yang kami tawarkan termasuk Minyak, Toll, Professional Driver, Keadaan kereta yang sangat baik dan Air Mineral Percuma untuk setiap penumpang.