Setiap kali mengantikan Minyak Enjin dan Penapis Minyak kereta kita, mekanik mesti mencadangkan untuk mengunakan “Engine Flush”. Dalam masa tu mesti kita tertanya apa gunanya “Engine Flush” dan apa kebaikkan minyak tu. Disini mekanik akan mengambil kesempatan untuk menjual produk itu.
Apa Fungsi “Engine Flush” terhadap Enjin Kereta?
Kegunaan “Engine Flush” adalah bagus terhadap Enjin kereta kita. Setia Car Rental Juga mengunakkan “Engine Flush” bila sampai waktunya.
Antara manfaat “Engine Flush” adalah:
1. Membersihkan Kerak pada ruang enjin.
2. Minyak Enjin baru lebih efisyen.
3. Bunyi Enjin yang halus.
4. Meningkatkan daya ketahanan Enjin
5.Menjaga Kemampatan Enjin
6. Selamat untuk “Seal” dan gasket Enjin
7. Sesuai untuk kegunaan Kereta Baru
8.Sesuai untuk Kereta yang mengunakan Petrol dan Diesel.
Waktu yang Sesuai untuk Mengunakan “Engine Flush”
Kebiasaannya Kami Setia Car Rental mengunakan “Engine Flush” setiap 20,000km pertukaran minyak enjin dan minyak ATF
Contoh:
10,000km : Minyak Enjin + Penapis Minyak
20,000km : Minyak Enjin+Penapis Minyak+Minyak Gear.
Selain berpandukan jarak pergerakkan kereta, Boleh juga digunakan “Engine Flush” untuk pertukaran Grade minyak dari 10W-40 ke 10W-30. Masa ini kepekatan minyak enjin yang lama berbeza dengan kepekatan minyak enjin baru dan seeloknya digunakan “Engine Flush”.
Bagaiman Cara Mengunakkan “Engine Flush”
- Masukkan satu botol “Engine Flush” Sebelum mengantikan Minyak Enjin yang Baru
- Hidupkan enjin selama 15 minit.
- Buang minyak enjin yang lama
- Bukak penapis minyak yang lama
- Gantikan penapis minyak yang baru
- Masukkan minyak enjin yang baru ke dalam enjin kereta.
Dah Selesai… Selamat Mencuba “Engine Flush”
Inginkan Kereta Sewa yang Bersih, Selamat dan Jimat. Kereta Sewa Shah alam dan Kereta Sewa Setia Alam Ada Tawaran Hebat...... Jangan Lepaskan Peluang Anda...
Selepas kita letak engine flush boleh ke kita naiki kereta ke bengkel dan buang minyak di bengkel. Atau kereta xboleh bergerak selepas minyak flush diletakan dalam minyak enjin yang lama tu
ReplyDeleteBoleh. Ada sesetengah mekanik menyarankan utk gunakan kereta seperti biasa slps tuang engine flush sekitar 250 - 500 km sebelum menukar minyak enjin.
Deletesetahu saya kereta tak boleh gerak selepas letak engine flush.. kereta kena dalam keadaan idle
ReplyDelete